Tarian Bharata Natyam
Tarian
Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana
untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.
Tarian ini
berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.
Suatu
persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali
sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.
Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Latar belakang dan sejarah Tarian
Bharata Natyam.
Kebudayaan
India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India
sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh
dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya
klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam,
Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan
unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra.
Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan
ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi
umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA
(ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam
Tarian
Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India
dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad
ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan
turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya
tarian klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata
Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti.
Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik
Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu
dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam
iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan
api.
Bharata
Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam
semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa
teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman
pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu
devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari
kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri
semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk
tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam
pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya
Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani
para penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo
dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua
ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di
budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian
gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.
E. Krishna
Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam dan
mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada
Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun
1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras
untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu
guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk
mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara
khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars,
hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.
Cara Bharata Natyam ditarikan.
Tarian ini
dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin
dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik
klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang
penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang
harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini
secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Secara
tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen
dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa
sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri,
berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut
Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata Natyam),
seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama
iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang
cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha
(kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan
yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata
Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur
utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian
yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak
antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan
tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu
posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang
dihias (nritta-hasta).
Dari teks
zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi sebahagian
besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan
kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus
dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian
Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain
sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah
untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
Muzik
iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya
kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),
nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam),
suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh
tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa
Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya
perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:
Ganapati
vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan
halangan.
Alarippu -
Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan
kepada tuhan untuk memberkati persembahan.
Jatiswaram -
Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan
kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.
Shabdam –
Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta
kasih.
Varnam -
Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan
melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh
mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
Padam –
Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana penari meluahkan beberapa
aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih
dan cinta bagi kekasih.
Thillana -
Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa
muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari
yang menawan.
Angikam -
Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara
Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
Selain
perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti
Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan
dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan
syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti
Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai
semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya
mempersembahkan Arangetram (debut).
No comments:
Post a Comment